Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Wanita cedera pertama kali daki Gunung Rajah

image

Kuala Kubu Bharu: “Ketika mendaki dia mengadu sakit kaki lalu saya menasihatinya supaya berehat sebelum membuat keputusan untuk turun tetapi dia tetap mahu mendaki sampai ke puncak,” kata Muhammad Hadafi Abd Razak, 30, rakan kepada Umi Nurnabillah Mubin, 26, cedera ketika mendaki Gunung Rajah bersama 16 pendaki lain, Sabtu lalu.

Muhammad Hadafi berkata, semua 18 pendaki dari Kuantan, Pahang dan Shah Alam itu memulakan pendakian sejak jam 5.30 pagi dan tiba di puncak gunung secara berperingkat mengikut pecahan kumpulan.

 

Menurutnya, Umi Nurnabillah tiba di puncak pada jam 3.30 petang Sabtu dan hanya berehat seketika sebelum bergerak turun tetapi dia mengalami kesakitan pada lutut kiri sehingga tidak boleh berjalan ketika sampai di satu perhentian, tiga jam kemudian.

Menurutnya, mangsa baru pertama kali mendaki Gunung Rajah dan tidak menyangka kecederaan dialami menyebabkan dia tidak mampu berjalan.

 

Katanya, mereka menjangkakan tiba di puncak gunung menjelang tengah hari, namun terlewat sampai sembilan jam dan mengambil masa 11 jam untuk turun.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, usaha membawa turun mangsa dilakukan 13 anggota yang dipecahkan kepada dua kumpulan bemula jam 2.30 petang Ahad dan tiba di kaki Bukit Kutu pada jam 8.15 malam sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk rawatan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 8:09 AM

Kemaskini pada 2017-04-17 18:23:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page