Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Maut terperosok bawah lori kontena

image

Kuala Kubu Bharu : Seorang lelaki maut tersepit dalam kereta Proton Wira dipandunya yang bertembung dengan lori kontena di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berdekatan simpang Ladang Guru Nanak, Serendah, awal pagi hari ini.

Kejadian 1.15 pagi itu dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 35 tahun yang datang dari arah Rawang ke Batang Kali, bertembung dengan lori kontena dari arah bertentangan sebelum keretanya diseret ke bahu jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.33 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kereta itu terperosok di bawah lori dan pemandunya yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian.

 

“Pemandu lori berusia 36 tahun hanya cedera ringan," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa berjaya dikeluarkan pihaknya sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 11:06 AM

Kemaskini pada 2017-04-17 18:29:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page