Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

70 murid diheret berdemo

KUALA KUBU BHARU - Kementerian Pendidikan menempelak tindakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kalumpang apabila turut mengheret murid sekolah berkenaan melakukan demonstrasi aman.

Timbalan Menterinya, Datuk P Kamalanathan berkata, tindakan tersebut tidak bertanggungjawab dan amat dikesali apabila mengheret 70 murid berdemo di dalam ladang kelapa sawit.

Menurutnya, murid berkenaan dijadikan boneka bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung masalah ketiadaan guru bagi tiga mata pelajaran di sekolah berkenaan.“Saya sudah arahkan Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) untuk cepatkan urusan pengisian jawatan dua guru baru bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah tersebut.

“Sekiranya murid yang terlibat dalam demonstrasi jalanan ini mengalami apa-apa kecederaan atau kemalangan, apakah PIBG sanggup bertanggungjawab?

“Jangan permainkan masa depan dan keselamatan murid-murid demi kepentingan sendiri,” katanya.

PIBG tak bangkit isu kekurangan guru

Kamalanathan turut kesal dengan pihak PIBG yang tidak bertanggungjawab menularkan isu mengenai status bangunan baharu sekolah berkenaan dengan memutarbelitkan fakta bagi meraih perhatian masyarakat.

Menurutnya, penggunaan bangunan baharu sekolah tersebut akan dibenarkan selepas selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Kementerian Pendidikan.

“Satu pertemuan antara saya dan pihak PIBG sudah diadakan pada 23 April lalu, tetapi PIBG tidak membangkitkan isu kekurangan guru.

“Jika mereka bertanya mengenai isu ini, pasti saya akan perjelaskan dan beritahu tindakan telah diambil oleh kementerian," katanya.

Demonstrasi pada Selasa di hadapan sekolah itu bermula jam 7 pagi dan berlangsung hampir lima jam sebelum dileraikan pihak polis.

Pihak PIBG sekolah berkenaan mendesak penyelesaian mengenai status bangunan baharu sekolah dan kekurangan guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Hanya ada 10 guru

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SKJT Ladang Kalumpang, B Raj Kumar berkata, masalah kekurangan guru berlarutan sejak enam tahun lalu sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran murid dalam tiga subjek terbabit.

Menurutnya,masalah itu sudah beberapa kali disuarakan, namun masih tiada jalan penyelesaian.

“Sebab itu, kami mengadakan mogok bagi menyatakan desakan dan tuntutan secara serius berhubung masalah ini agar diselesaikan segera.

Sekolah ini hanya mempunyai 10 guru bagi mengajar 88 murid.

“Tapi tiada seorang guru pun yang dikhususkan untuk tiga subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Keadaan ini menyebabkan guru lain terpaksa mengambil inisiatif mengajar jika diperlukan,” katanya.

 
 
 

Kemaskini pada 2017-05-08 14:38:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page