Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Saksi ceritakan Insiden bayi tercampak

HULU SELANGOR - Pemilik rakaman video kemalangan maut membabitkan seorang bayi berusia tiga bulan di Kilometer 433.8 Lebuhraya Utara Selatan pada 28 Mei lalu, tampil memberi kerjasama kepada polis.

Lelaki berkenaan ke Balai Polis Setapak kirakira jam 9 malam semalam, bagi membantu siasatan kes kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, saksi memberi kerjasama yang baik dan menerangkan dengan jelas bagaimana kemalangan tersebut berlaku.

 

Menurutnya, dalam kemalangan itu, saksi turut membantu mangsa dalam kenderaan Proton Axia yang terbabas.

“Saksi menyerahkan rakaman video dan alat perakam kepada polis. “Kes ini akan dituduh di Mahkamah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas menerima laporan agensi berkaitan serta dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Dalam kemalangan kirakira jam 1 tengah hari itu, bayi berusia tiga bulan, Aril Rizqin Redza Sharil maut selepas tercampak dari kereta dinaiki bersama keluarganya.

Mangsa disahkan meninggal dunia jam 2.30 petang ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Kemalangan turut menyebabkan bapanya, Shahril Salleh, 32, dan ibu, Rafnah Mongudancgal, 35, serta dua abang, Aril Hakimi Ashraf, 11, dan Aril Zakuan Haris, 4, cedera ringan


Kemaskini pada 2017-06-06 17:06:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page