Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pujuk 16 minit

PASUKAN penyelamat mengambil masa 16 minit memujuk wanita yang mengancam mencederakan diri dengan pisau pemotong daging di Pangsapuri Teratai, Taman Bunga Raya, Hulu Selangor kira-kira 1 pagi, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.27 pagi daripada orang awam sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi.

Beliau berkata, ketika tiba wanita berusia 22 tahun itu yang berada di dalam bilik tidur sambil memegang pisau dan mengancam mahu mencederakan dirinya dipercayai mempunyai masalah peribadi.

"Anggota bertugas bersama polis berusaha memujuk dan menenteramkan wanita itu sehingga dia menyerah diri.

 

"Operasi bermula 2.09 pagi dan tamat 2.25 pagi," katanya.

Beliau berkata, kes itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2017 @ 8:06 AM

Kemaskini pada 2017-07-10 08:22:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page