SERENDAH - Pemilik tanah di Kampung Lembak Sungai Choh di sini, memohon pihak berkaitan menutup longkang besar yang dibina di tepi rumah warisan dan diduduki mereka kini kerana didakwa berisiko ancam keselamatan.

Abdul Wahab Osman, 57, yang merupakan salah seorang ahli keluarga berkenaan memberitahu, longkang tersebut dibina sejak 40 tahun lalu dan telah diperbesarkan bagi melancarkan aliran air buangan dari rumah serta hujan.

"Rumah ni adalah rumah yang diwarisi dari arwah datuk kami. Masa longkang tu nak dibina, keluarga tak halang sebab bagi keselesaan penduduk lain selain nak elak takungan air bila hujan lebat.