Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lelaki ditemui tergantung di dahan pokok

PDRM


HULU SELANGOR - Seorang lelaki berusia 32 tahun ditemui mati tergantung pada pada dahan pokok di sebuah kawasan lapang dekat Bukit Sentosa, kira-kira jam 7.20 pagi, tadi.

Mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tergantung dengan leher terjerut tali nilon di pokok berkenaan yang terletak lebih kurng 50 meter dari rumh mangsa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Asisten Komisioner R Supramaniam berkata, siasatan dijalankan mendapati mangsa disyaki penagih dadah melalui rekod jenayah lampau dengan lapan tangkapan bersabit kes dadah.

Menurutnya, mangsa bekerja sebagai pemandu lori di Bukit Sentosa dan tinggal bersama seorang abang sejak tiga bulan lalu.

"Mayat mangsa tergantung pada dahan pokok pada ketinggian lebih kurang enam kaki dari paras bumi dan panjang tali nilon yang menjerut leher mangsa lebih kurang dua kaki.

"Mangsa masih bujang dan menurut abangnya, mangsa kebelakangan ini dilihat seakan kemurungan serta banyak mendiamkan diri.

"Pihak forensik tiba di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut dan mendapti tiada elemen jenayah dalm kes ini,"katanya.

Supramaniam berkata, mayat mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.


Kemaskini pada 2017-07-24 08:21:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page