Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kos rawatan tinggi , budak derita luekimia perlu bantuan

Kos rawatan tinggi, budak derita leukimia perlu bantuan

Muhammad Akif Zikry memerlukan perhatian sepenuhnya dan tidak an berada di kawasan orang ramai bagi mengelak jangkitan.

HULU SELANGOR - Di usia masih kecil, Muhammad Akif Zikry tidak dapat bermain seperti kanak-kanak seusianya.Kanak-kanal malang berusia dua tahun itu menanggung derita selepas dikesan menhidap penyakit leukimia dua minggu lalu.Kini tubuh kecilnya perlu menjalani rawatan lanjut dalam tempoh dua tahun lagi. Difahamkan, anak kedua daripada tiga beradik itu baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah selepas 17 hari di wad Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dikehendaki menjalani rawatan lanjut, dua kali seminggu di hospital berkenaan. Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga bakal berdepan masalah sama untuk menampung kos rawatan lanjut Muhammad Akif Zikry.

Ibunya, Normalina Tajuddin, 35, berkata, bil hospital berjumlah RM5,000 tidak dapat dilunaskan akibat kesempitan wang. Normalina berkerja sebagai kerani di Pejabat Felda Techoplant di Felda Gendasang dengan gaji RM1,500 manakala pendapatan suami, Mohd Radzi Abdul Rani, 34, hanya RM800 sebulan hasil berniaga burger dan air.

"Dua minggu sebelum hari raya, anak saya ini terjatuh basikal dan ada lebam bahagian bahu kanannya tapi dah lama pun belum surut."Saya anggap hanya lebam biasa dan pada awal bulan lepas, muncul pula lebam kebiruan bahagian kaki termasuk bawah tapak kaki."Pada 3 Julai, saya bawa Akif buat pemeriksaan di KPJ Rawang dan diminta ke Hospital Sungai Buloh kerana doktor mengesyaki ada sesuatu kurang baik dalam darah Akif dengan kadar darah merah lebih rendah," katanya.Menurutnya, dia ke Hospital Sungai Buloh pada hari sama dan ditahan wad selama dua hari sebelum dirujuk ke PPUM apabila Akif disahkan menghidap leukimia.Katanya, tubuh badan kanak-kanak itu mengandungi 38 peratus sel kanser dan menjalani rawatan kimoterapi serta dibenarkan keluar wad pada 15 Julai lalu.

"Doktor maklumkan terdapat tiga hospital di Kuala Lumpur yang ada rawatan kanser kanak-kanak dan hanya PPUM yang kosong memandangkan Akif memerlukan rawatan segera."Sekarang Akif sudah berada di rumah dan bergantung pada ubat dimakan dua sehari setiap jam 8 pagi serta 8 malam."Difahamkan bila masuk hari ke-33 nanti, sampel darah Akif akan diambil bagi menentukan tahap leukimia samada rendah, sederhana atau tinggi untuk rawatan lanjut," katanya.Normalina berkata, Akif tidak dibenarkan dibawa keluar ke kawasan dikunjungi orang ramai dan terpaksa berhenti dari mengikuti pusat kanak-kanak Permata, selain mudah letih serta terlalu sensitif.Menurutnya, dua lagi anak dengan perempuan sulung berusia lima tahun dan bongsu berusia setahun dijaga nenek yang tinggal bersama mereka di rumah kakitangan Felda Technoplant, tanah rancangan itu.

"Dua kali seminggu, saya atau suami akan bawa Akif ke PPUM untuk rawatan susulan yang dijangka selama dua tahun."Jarak dari Felda Gedangsa ke PPUM pun hampir dua jam dengan kos minyak dan tol cecah RM100 pergi balik."Sememangnya saya amat mengharapkan bantuan orang ramai bagi meringankan beban termasuk melunaskan bil hospital yang belum dibayar dan saya baru memohon bantuan zakat," katanya.Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangn boleh menghubungi Normalina di talian 019-5089914 atau menyalurkannya menerusi nombor akaun 162674010137 (Maybank) atas nama Normalina.


Kemaskini pada 2017-07-24 08:30:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page