BUKIT SENTOSA - Pasangan suami isteri tergamam apabila melihat sebuah lori simen meluru laju sebelum merempuh kedai nurseri milik mereka, pagi tadi.

Pasangan tersebut bernasib baik kerana rempuhan berlaku di bahagian kanan dan mereka yang ketika itu sedang melakukan kerja berada di sebelah kiri kedai.

Pemilik kedai, Mohd Zamry Md Ghani, 56, berkata, dia terlihat lori simen berkenaan menuruni bukit di laluan berselekoh itu namun tidak membelok sebaliknya meluru ke arah kedai.

"Tergamam sekejap lihat lori ini masuk kedai dan merempuh pelbagai jenis barang tempahan serta pokok semaian.

"Tempahan meja, kerusi, tong sampah dan perhiasan diperbuat daripada simen fero ini sudah siap malah hanya menunggu masa untuk dihantar kepada pelanggan dari Terengganu.

"Nasib baik ada longkang, kalau tidak.. lori simen ni akan terlajak langgar ke rumah berdekatan dan saya anggarkan kerugian melebihi RM15,000," katanya.

Mohd Zamry berkata, dia tidak m