BATANG KALI - Pesta Orkid dan Flora kembali lagi di pekarangan JRD Batang Kali yang akan berlangsung selama 14 hari bermula 18 hingga 31 Ogos ini.

Penganjur, Normazura Nor Mahadzan berkata, pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai jenis orkid, pokok buah-buahan dan tumbuhan lain termasuk jenis terbaharu yang diperoleh dari seluruh dunia.

“Selepas penganjuran pertama pada Disember tahun lepas yang mendapat sambutan luar biasa, pesta ini kembali dianjurkan dengan menawarkan beribu jenis orkid dan flora.

“Pokok durian jenis Mothong dan pokok buah tiga rasa iaitu Matoa yang berkualiti turut dijual pada harga borong sepanjang pesta seawal jam 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya.

Menurutnya, pesta juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal, Shafiq Farhain kira-kira jam 9.30 malam pada 20 Ogos ini.

“Selain itu, pengunjung berpeluang memenangi kuiz wang berganda serendah RM500 setiap hari dan setiap pembelian layak menyertai cabutan bertuah.

“Pertandingan karaoke pula diadakan pada 21, 22, 23 dan 25 Ogos bagi saringan sementara final pada 27 Ogos. Jadi, hadirlah beramai-ramai kerana anda pasti akan berpuas hati dengan pelbagai jenis orkid dan flora yang ditawarkan di pesta ini,” katanya.