Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Hasrat murni perkasa

Hasrat murni Perkasa

Ahli Perkasa bersama sebahagian penghuni Pondok Mahfuzah pada majlis penyerahan sumbangan dan ramah mesra itu.
 

BATANG KALI - Pertubuhan Kebajikan Amal Bersatu Sabah (Perkasa) berhasrat mempertingkat usaha menyalurkan sumbangan kepada rumah anak yatim dan pondok pengajian agama Islam (tahfiz) di negara ini.

Presidennya, Roslam Ariff berkata, rumah anak yatim dan pondok tahfiz serba kekurangan atau kurang berkemampuan menjadi keutamaan usaha tersebut.

Menurutnya, Perkasa terdiri daripada anak kelahiran Sabah yang merantau menjadi rezeki atau berhijrah ke Semenanjung dengan keahlian lebih 300 orang.

 
 

“Perkasa ditubuhkan awal 2015 dan mendapat kelulusan pendaftaran dengan ROS pada Februari tahun ini.

“Tumpuan pertubuhan menjurus kepada kerja amal kebajikan dan jariah termasuk menyalurkan sumbangan seperti barang dapur serta pakaian untuk rumah anak yatim dan pondok tahfiz.

 

“Walaupun sekarang sudah banyak bantuan disalurkan pelbagai pihak namun masih terdapat rumah anak yatim dan pondok tahfiz yang memerlukan perhatian,” katanya ketika menyerahkan sumbangan di Pondok Mahfuzah Bukit Tamu, semalam.

Roslam berkata, Perkasa turut bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan kebajikan lain ke arah mempertingkat usaha melaksanakan aktiviti kebajikan di masa akan datang.

Menurutnya, dana diperoleh hasil sumbangan ahli dan individu tertentu yang menyokong usaha pertubuhan melakukan amal jariah kepada golongan anak yatim dan kurang berkemampuan.

“Kami juga mengalu-alukan makluman orang ramai sekiranya mengetahui ada rumah anak yatim atau pondok tahfiz yang serba kekurangan di kawasan mereka agar tampil menghubungi Perkasa.

“InsyaALLAH kami bantu sedaya mungkin kerana amal jariah sebegini adalah usaha berterusan,” katanya.


Kemaskini pada 2017-10-17 18:10:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page