Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bas SMART Selangor perkenalkan laluan baharu

Bas SMART Selangor perkenalkan laluan baharu

Azman Dahlan (kiri, lapan) bersama ahli MDHS dan pemimpin setempat mencuba perkhidmatan bas bagi laluan Batang Kali ke Antara Gapi yang disediakan secara percuma kepada penduduk setempat.

BATANG KALI - Perkhidmatan bas awam percuma, bas SMART Selangor memperkenalkan laluan baharu (HS02) bagi perjalanan dari Batang Kali ke Antara Gapi yang memulakan operasi November ini.

HS02 merupakan perkhidmatan kedua bas berkenaan untuk daerah ini selepas memulakan operasi pertama bagi laluan HS01 Kuala Kubu Bharu - Rasa - Bukit Sentosa pada tahun lepas.

 
 
 
 

 

Timbalan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Azman Dahlan berkata, sebanyak dua bas disediakan di laluan tersebut untuk memudahkan penduduk termasuk di kawasan Bandar Batang Kali dan Hulu Yam Lama.

Menurutnya, kekerapan masa perjalanan adalah setiap 30 minit pada waktu puncak membabitkan 24 perhentian.

“Perincian lokasi perkhidmatan dan masa perjalanan ada dipaparkan pada bunting di setiap perhentian bermula jam 6 pagi hingga 8 malam pada setiap hari.

“Bas SMART merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Standco Pengangkutan dan MDHS bertanggungjawab untuk mengenal pasti laluan yang berpotensi menerima perkhidmatan percuma ini tanpa menjejaskan operator sedia ada.

“Perkhidmatan ini secara tidak langsung membantu penduduk menangani kos sara hidup pada masa sekarang,” katanya program percubaan perkhidmatan tersebut di stesen KTM Batang Kali, kelmarin.

Azman berkata, keterhubungan bas SMART itu dengan stesen KTM Batang Kali secara tidak langsung menggalakkan masyarakat membudayakan penggunaan pengangkutan awam di negeri ini.

Menurutnya, HS01 dan HS02 yang masing-masing mempunyai dua bas diharap dapat sentiasa mendapat sokongan masyarakat bagi memastikan perkhidmatan tersebut di tahap terbaik.


Kemaskini pada 2017-11-06 11:30:44 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page