
KUALA KUBU BHARU - Usianya baharu sembilan tahun namun lukisannya jauh lebih cantik berbanding hasil tangan orang dewasa.Bakat Sharifah Nidal Sofea Syed Hasbullah disedari ketika berusia tiga tahun lagi apabila melakar wajah ayahnya pada sekeping kertas A4.Ibunya, Herny Noor Hasnan, 40, berkata, dia sendiri seakan tidak percaya lakaran tersebut dilukis oleh anak kedua daripada empat beradik itu.
“Dari kecil lagi memang dia suka bermain dengan pensel atau pen kerana budak kecil sudah kelaziman gemar menconteng apa saja tapi saya tak sangka rupanya dia ada bakat seni melukis dan mewarna.“Tidaklah secantik pelukis profesional tetapi lukisan yang dihasilkan bukan macam kanak-kanak sembilan tahun dan saya sendiri pun tak mampu lukis sebaik itu,” katanya.Sharifah Nidal Sofea berkata, dia menyukai lukisan bercorak pemandangan alam semula jadi dan mahu terus belajar bagi menghasilkan lukisan yang mempunyai nilai tersendiri.“Di sekolah pun dia selalu menang pertandingan dan dia juga bercita-cita menjadi seorang pelukis profesional selain gembira apabila ada pelukis berpengalaman yang sudi memberi tunjuk ajar.
Kemaskini pada 2017-11-13 10:13:25 daripada Administrator