Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tak boleh bangun

image

Amrullah Abdul Karim
am@hmetro.com.my

Kuala Kubu Bharu: Seorang wanita obesiti seberat 300 kilogram berusia 48 tahun diangkat anggota bomba untuk membawanya ke hospital selepas terjatuh di dapur pagi semalam. Ng Siew Yoong dari Kampung Air Panas, Kerling di sini, cedera dan tidak boleh berdiri semula akibat masalah berat badan.

Mangsa diangkat dengan pengusung beralaskan tilam sebelum dibawa ke hospital. Rakannya, Kwang Ah Kawo, 61, yang tinggal serumah dengan mangsa berkata, dia tidak tahu punca Siew Yoong jatuh dan dia tidak membantu kerana dirinya orang kurang upaya (OKU). “Pada mulanya saya pun tidak sedar dia jatuh kerana ketika kejadian saya duduk di ruang tamu rumah.
 

“Namun cucu saya yang berusia tujuh tahun memberitahu kejadian itu sebelum saya menghubungi bomba untuk bantuan,” katanya. Sementara itu, Penolong Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan jam 10.48 pagi dan tujuh anggota bertugas terus bergerak ke rumah mangsa untuk memberikan bantuan. Menurutnya, mereka menggunakan pengusung bagi mengangkat dan membawa keluar mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.


Kemaskini pada 2017-12-09 10:34:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page