HULU BERNAM - Ekosistem hidupan di Sungai Bernam kian terancam akibat pencemaran sisa buangan mengandungi ammonia yang dipercayai berpunca daripada 11 reban ayam berhampiran Sungai Inki, Kalumpang, di sini.

Ketua Sukarelawan Perikanan Daerah (Super) Hulu Selangor, Roslan Ahmad berkata, pencemaran sungai sepanjang 60 kilometer itu berlarutan sejak tiga tahun lalu termasuk empat kali kejadian pelbagai jenis ikan ditemui mati terapung dalam jumlah yang besar.

Menurutnya, laporan polis turut dibuat berhubung kejadian tersebut dan kandungan ammonia yang tinggi menjejaskan operasi dua loji apabila terpaksa dihentikan sementara.

 

 

 
 

“Sungai Inki adalah salah satu cabang anak sungai di bahagian hulu yang mengalir masuk ke Sungai Bernam dan sampel air yang diambil di Sungai Bernam menunjukkan terdapat kandungan ammonia tinggi dipercayai dari sisa buangan reban ayam.

“Pembersihan reban kebiasaan menggunakan bahan kimia tertentu bagi menghapus kuman maka campuran bahan kimia dengan sisa najis ayam akan mengandungi ammonia dan air buangan tersebut mengalir terus ke sungai,” katanya.

image
Roslan

Roslan berkata, ammonia menyebabkan jumlah oksigen dalam air berkurangan sekali gus mengakibatkan kematian hidupan air termasuk ikan bersaiz kecil.

Sungai itu bersempadan antara dua negeri dan kejadian sama turut dikesan berlaku di Perak namun kerajaan Perak berjaya mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha reban ayam di kawasan terbabit.

“Kita tidak menghalang operasi reban ayam tetapi kita cuma mahu pengusaha bertanggungjawab dengan memastikan air sisa buangan dirawat agar bebas ammonia sebelum dilepaskan ke sungai,” katanya.

Menurutnya, Super Hulu Selangor dan nelayan darat mendesak agar pertemuan bersama agensi berkaitan dan pengusaha reban ayam diadakan segera bagi mencari penyelesaian sewajarnya.

“Ikan akan bertelur di anak sungai di bahagian hulu dan bila sisa buangan reban ayam mengalir ke sungai ini, benih ikan akan mati maka tiada lagi pertambahan populasi ikan sekali gus menjejaskan pendapatan nelayan darat,” katanya.

Pendapat merosot hingga 150 peratus

Terdapat 60 nelayan darat berdaftar di daerah ini yang bergantung kepada pendapatan hasil di Sungai Bernam manakala 170 nelayan lain berada di daerah Muallim yang juga menerima bantuan sara hidup RM200 sebulan.

Seorang nelayan darat, Suhaimi Shabuddin, 53, berkata, pendapatan nelayan terjejas sehingga 150 peratus sejak pencemaran di sungai berkenaan dikesan.

“Sebelum 2016, sehari boleh dapat RM100 hasil jual ikan tapi sekarang nak dapat RM20 pun susah sebab ikan memang tak ada walaupun kecil.

Sumber ikan pula tak menunjukkan sebarang perkembangan positif walaupun terdapat pelepasan benih ikan dari Jabatan Perikanan.

“Kalau reban ayam lepaskan sisa buangan sebanyak tiga kali setahun, bila ikan nak membiak? ini perkara serius. Pemancing ikan pun mengeluh sebab tiada hasil maka pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan segera supaya pencemaran ini tak berlarutan,” katanya.

Suhaimi berkata, nelayan darat menyambut baik usaha Perikanan melepaskan pelbagai benih ikan dan udang galah namun khuatir tiada impak positif akibat kesan pencemaran.

Pendapat merosot hingga 150 peratus

Terdapat 60 nelayan darat berdaftar di daerah ini yang bergantung kepada pendapatan hasil di Sungai Bernam manakala 170 nelayan lain berada di daerah Muallim yang juga menerima bantuan sara hidup RM200 sebulan.

Seorang nelayan darat, Suhaimi Shabuddin, 53, berkata, pendapatan nelayan terjejas sehingga 150 peratus sejak pencemaran di sungai berkenaan dikesan.

“Sebelum 2016, sehari boleh dapat RM100 hasil jual ikan tapi sekarang nak dapat RM20 pun susah sebab ikan memang tak ada walaupun kecil.

Sumber ikan pula tak menunjukkan sebarang perkembangan positif walaupun terdapat pelepasan benih ikan dari Jabatan Perikanan.

“Kalau reban ayam lepaskan sisa buangan sebanyak tiga kali setahun, bila ikan nak membiak? ini perkara serius. Pemancing ikan pun mengeluh sebab tiada hasil maka pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan segera supaya pencemaran ini tak berlarutan,” katanya.

Suhaimi berkata, nelayan darat menyambut baik usaha Perikanan melepaskan pelbagai benih ikan dan udang galah namun khuatir tiada impak positif akibat kesan pencemaran