Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lima ladang ayam disiasat

Lima ladang ayam disiasat

Sampel air buangan sebuah ladang ayam diambil untuk dihantar ke jabatan kimia agensi tersebut.

HULU SELANGOR - Empat agensi berkaitan alam sekitat turun padang menyemak prosedur operasi standard (SOP) di lima ladang ayam di Kalumpang yang didakwa mencemarkan Sungai Inki.

Kerjasama jabatan veterinar, perikanan, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) itu turut mengambil sampel sisa buangan (cecair) yang dilepaskan ke sungai berkenaan.

Sungai Inki merupakan cabang anak sungai di bahagian hulu yang mengalir ke Sungai Bernam dan didakwa tercemar dengan kandungan ammnoi dipercayai berpunca daripada pelepasan sisa buangan ladang reban ayam tersebut.

Ammonia dikatakan mengurangkan kadar oksigen dalam air sungai dan mengakibatkan ikan mati.

Perikanan juga mengambil sampel air Sungai Bernam berdekatan Loji Sungai Selisek yang pernah terjejas sehingga dihentikan operasi sementara dipercayai akibat pencemaran tersebut.

 

Ketua Bahagian Regulatori Jabatan Veterinar Selangor, Dr Khairina Akmar Khalid berkata, seramai 17 kakitangan termasuk penguatkuasa menyemak SOP di ladang berkenaan dengan mengambil sampel sisa buangan (cecair).

Menurutnya, sampel berkenaan dihantar ke makmal di Salak Tinggi bagi mengenal pasti kandungan cecair yang dilepaskan ke anak sungai.

"Kami lihat sendiri kolam takungan yang ada di ladang terbabit dan saliran yang digunakan bagi melepaskan sisa buangan.

"Ini merupakan tindakan yang kita lakukan secara berkala agar pengusaha ladang mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya tidak mendatangkan sebarang pencemaran.

"Sampel air yang dihantar ke jabatan kimia akan diketahui dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut," katanya.

Pegawai Kawalan Alam Sekitar Luas, Mohd Nazifi Nawawi berkata, pihaknya bertindak ke atas reban ayam terbabit berdasarkan peraturan kemasukan dan pelepasan tercemar yang ditetapkan Luas.

Menurutnya, hasil laporan jabatan kimia akan menentukan tindakan susulan termasuk kompaun sekiranya gagal didapati mematuhi peraturan tersebut.


Kemaskini pada 2018-02-02 09:03:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page