BUKIT BERUNTUNG - Persatuan Perubatan, Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa) menjadi pengamal perubatan yang ke-10 tampil membantu menyelesaikan kejadian api misteri yang berlaku di Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung.
Perawat Darussyifa Rawang, Kamaruzaman Awang berkata, seramai 10 orang terlibat dengan mendirikan solat hajat diikuti dengan bacaan Yasin, zikir dan doa.
“Kemudian kami melakukan rawatan di sekitar kawasan Rumah Teduhan Kasih di dalam dan luar rumah yang dipercayai mengalami gangguan makhluk halus.
Sementara itu, Pengurus Projek Rumah Teduhan Kasih Bukit Beruntung, Tony Adam Mohd Amin berkata, prosedur rawatan tersebut turut disertai seramai 18 penghuni Rumah Teduhan Kasih termasuk kakitangan.
Katanya, berikutan baki daripada 45 penghuni dipindahkan ke Sungai Buloh buat sementara waktu ekoran kejadian misteri yang berlaku.
“Mereka (Darussyifa) menjalankan prosedur ‘memagar’ kawasan rumah.
“Tidak dinyatakan apakah atau punca yang berlaku, tapi mereka mengakui kehadiran ‘sesuatu’,” katanya.
Kemaskini pada 2018-02-12 07:53:37 daripada Administrator