Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Jumpa tengkorak manusia

Jumpa tengkorak manusia

Hanya tengkorak yang ditemui tanpa rangka anggota badan yang lain.
 

HULU SELANGOR - Seorang lelaki berusia 52 tahun menjumpai tengkorak kepala manusia di kawasan perumahan terbengkalai di Kampung Melayu Rasa, kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, tengkorak manusia itu dijumpai di dalam longkang ketika lelaki terbabit sedang melakukan pembersihan semak di hadapan rumahnya.

Menurutnya, difahamkan kawasan perumahan tersebut terbengkalai sejak 20 tahun lalu. Unit Pengesan Anjing K9 serta pasukan forensik polis  tidak menjumpai apa-apa  bukti di lokasi yang boleh membantu siasatan.

"Tiada bahagian manusia yang lain dijumpai di lokasi berkenaan dan identiti tengkorak masih belum dapat dikenal  pasti.

"Tengkorak itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan  lanjut,"katanya.


Kemaskini pada 2018-02-26 08:07:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page