Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Wanita diserang angin ahmar

Wanita diserang angin ahmar

Anggota bomba membantu mengangkat mangsa.

BUKIT BERUNTUNG - Tindakan pantas jiran memecahkan pintu rumah berjaya menyelamatkan seorang wanita yang diserang angin ahmar di kediamannya di Apartment Teratai Taman Bunga Raya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu,  jeritan mangsa berusia 42 tahun yang menahan kesakitan didengari jiran namun gagal memasuki rumah mangsa kerana pintu dikunci.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Kamil Hamadan berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, mendapati seorang wanita diserang strok di dalam rumah di tingkat dua apartmen berkenaan.

Menurutnya, anggota membantu mengangkat mangsa dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak perubatan untuk dibawa ke Hospital Selayang.


Kemaskini pada 2018-03-05 08:06:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page