Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Basikal lajak: Lapan remaja ditahan

Basikal lajak: Lapan remaja ditahan

HULU SELANGOR - Sekumpulan lapan remaja lelaki ditahan ketika asyik bermain basikal lajak di Kilometer 74.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh kira-kira jam 11.30 pagi, semalam. Lapan remaja berusia 12 hingga 14 tahun berasal dari Kalumpang itu ditahan sepasukan penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Sueprintendan Lim Bak Phai berkata, tahanan dilakukan ketika pasukan penguatkuasa trafik itu sedang menjalankan tugas Op lampu Merah dan Rondaan Cegah Kemalangan di lokasi berkenaan.

Menurutnya, kesemua remaja itu diambil tindakan dibawah Kaedah 42 Lalu Lintas LN 166/59 dan dibawa ke Balai Polis Kalumpang.“Ibu bapa kepada remaja terbabit dipanggil dan diberi penerangan serta nasihat mengenai aktiviti basikal lajak yang merbahaya di jalan raya.“Kesemua basikal disita dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Kemaskini pada 2018-03-23 15:26:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page