HULU SELANGOR - Mayat seorang anggota tentera dipercayai mati tertembak senapang patah sendiri dijumpai di sebuah kebun ladang sawit di Kampung Sungai Kerandang, Bukit Tagar, kelmarin.

Mangsa, Kenaday Bakasut, 38, berbangsa Kadazan Dusun bertugas sebagai tentera darat berpangkat sarjan di Kem Tentera Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mayat tersebut dijumpai rakan mangsa juga seorang tentera kira-kira jam 10.30 pagi sebelum memaklumlan kepada pihak polis.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa keluar dari rumahnya di Kuaters Kem Tentera Paya Jaras sehari sebelum hari raya namun tidak pulang menyebebkan isteri mangsa bantuan rakan berkenaan.

"Dua hari kemudian (kelmarin), rakan itu menjumpai mangsa di tempat kejadian dalam keadaan terbaring di atas motosikal yang terjatuh.

"Hasil siasatan forensik mengesahkan mangsa tertembak sendiri dengan kesan kecederaan tembakan di bawah dagu sebelah kiri menembusi sebelah kanan kepala.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia melebihi 24 jam dan dokumen peribadi berada dalam keadaan baik," katanya.

Bak Phai berkata, mangsa dipercayai tertekan picu atau terhentak senapang tersebut yang mengakibatkan satu tembakan terlepas lalu mengenai bahagian dagu.

Menurutnya, pihak forensik menemui selaras senapang patah buatan sendiri dan sebutir kelongsong peluru jenis Bore 12 di dalam laras senapang terbabit.

"Tiada unsur jenayah dikesan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,"katany