Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bekas juruteknik tuntut pampasan

Bekas juruteknik tuntut pampasan

Muhammad menerima kunjungan ziarah Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui di rumahnya di Bukit Sentosa.
 

HULU SELANGOR - Seorang isteri mendakwa suaminya mengalami tekanan jiwa sehingga disahkan sebagai pesakit psikiatrik selepas gagal mendapat pembelaan majikan dan Perkeso.

Ibu kepada tiga anak itu, Hezma Hashim, 45, berkata, tekanan dialami suaminya, Muhammad Ibrahim, 31, turut dipengaruhi bebanan hilang sumber pendapatan apabila dipaksa berhenti kerja kerana masalah kesihatan selepas ditimpa kemalangan di tempat kerja.

Menurutnya, suami mula bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan di Gombak pada November 2013 sebagai juruteknik tanpa sebarang masalah kesihatan dan mempunyai caruman Perkeso.

"Selepas enam bulan bekerja, suami diberi tugasan luar sebagai pemandu lori dan tahap kesihatan mula merosot dalam tempoh dua tahun dengan sakit badan sehingga sering mengambil cuti sakit. "Klinik berkenaan memberi sijil akaun tugasan ringan kepada suami dan pada 31 Mac 2017 ketika sedang bekerja mengemas di sebuah stor, suami mengalami kecederaan sakit bahu kanan yang serius.

"Pada 4 April 2017, suami mendapat rawatan di Hospital Selayang dan disahkan tulang bahu kanan itu sudah terkeluar dan menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur pada 21 Julai 2017 namun kecacatan itu kekal,"katanya.

Hezma berkata, pihak majikan meminta suami berhenti kerja kerana masalah kesihatan itu sehingga menyebabkan suaminya menjadi tidak keruan sehingga di rujuk ke pakar psikiatrik.

Menurutnya, tuntuan faedah kemalangan yang dihantar ke Perkeso turut ditolak dengan alasan majikan tidak menerima laporan kemalangan dialami Muhammad pada hari kejadian tersebut.

"Majikan terus mendesak agar suami berhenti kerja dan akhirnya kami mengalah dengan majikan membayar pampasan sebanyak RM8,142.

"Sudah empat kali saya hantar borang tuntutan faedah kemalangan ke Perkeso tapi ditolak namun sekali lagi saya hantar sebelum dipanggil pada 23 Mei lalu bersama pihak majikan.

"Majikan mengakui ia kemalangan ditempat kerja tapi tetap menyalahkan suami kerana tidak melaporkan kejadian sedangkan majikan ada datang melawat di hospital," katanya.

Hezma berkata, tiga anaknya merupakan orang kurang upaya (OKU) sebagai hiperaktif dan mempunyai masalah asma serius.

Menurutnya, kehilangan sumber pendapatan dan kegagalan mendapat pembelaan menyebabkan suami mengalami tekanan jiwa serta kini bergantung pada ubat sebagai penenang.

"Alhamdulillah, suami menerima bantuan zakat sebanyak RM500 sebulan selain RM450 untuk sewa rumah selain tanggungan perubatan.

"Ini sahaja sumber pendapatan yang kami ada bagi menyara tiga anak masing-masing berusia lapan, lima serta tiga tahun," katanya.


Kemaskini pada 2018-08-09 13:43:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page