Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bantah ketua kampung import

Bantah ketua kampung import

Sebilangan penduduk berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap pelantikan ketua kampung yang baharu

SUNGAI CHOH - Kira-kira 60 penduduk Kampung Koskan mengadakan bantahan aman berhubung pelantikkan ketua kampung baharu yang didakwa   bukan dari kalangan penduduk setempat.Bantahan di hadapan simpang masuk ke kampung tersebut bertujuan mendesak Kerajaan Negeri meneliti semula pelantikan  yang dilakukan tanpa persetujuan penduduk.

Wakil penduduk, R Rajasegaran, 41, berkata, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu dilantik pada minggu lalu itu dipercayai berasal dari New Green Park, Rawang. Menurutnya, kebanyak­kan penduduk tidak berpuas hati dan kecewa dengan situasi itu kerana tidak mengenali ketua kampung yang  dilantik."Difahamkan pelantikan ini dibuat melalui persetujuan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin.

"Penduduk mempersoalkan mengapa pelantikan dibuat tanpa notis pemberitahuan lebih awal dan tidak mendapat persetujuan atau melalui pertemuan dengan penduduk.

"Ketua kampung yang dilantik pula diimport dari luar dan bukan dari kalangan penduduk kampung ini," katanya.

Rajasegaran berkata, pelantikan ketua kampung itu hanya diketahui penduduk melalui laman sosial Facebook.

Menurutnya, Kampung Koskan yang majoriti berketurunan India menuntut agar anak tempatan atau setidaknya mempunyai tanah dan rumah di kawasan itu diberi peluang menjadi ketua kampung.

"Dalam kampung ini ada ramai yang layak sama ada dari golongan profesional, eksekutif, guru atau peniaga."Adakah kami tak layak sehinggakan orang luar yang tinggal jauh dari sini dilantik sebagai ketua mewakili penduduk di sini," ujarnya.Rajasegaran berkata, satu surat bantahan ditandangani penduduk akan dibuat untuk diserahkan kepada Menteri Besar dalam masa terdekat. Menurutnya, senarai ahli jawatankuasa bayangan turut disertakan seandainya bantahan tersebut diterima.  


Kemaskini pada 2018-08-14 07:56:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page