Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemohonan Pemberimilikan Tanah

Pemohonan Pemberimilikan Tanah

APA ITU PEMBERIMILIKAN TANAH?

Melupuskan tanah kerajaan untuk selama-lamanya atau satu tempoh beberapa tahun sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa.

APAKAH JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON?

Semua Tanah Kerajaan di dalam Negeri Selangor, kecuali :

a.
   Tanah Milik
b.   Tanah Rizab
c.   Tanah Lombong
d.   Tanah Hutan

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON?

a.   Warganegara Malaysia selain remaja.
b.   Perbadanan-perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah 
     perlembagaan masing-masing untuk memegang tanah.
c.   Raja-raja pemerintah, Kerajaan, organisasi dan lain-lain 
     orang yang diberi kuasa memegang tanah di bawah Ordinan 
     Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
d.  Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata memegang 
    tanah di bawah Undang-undang bertulis masing-masing.



APAKAH KATEGORI / TUJUAN PERMOHONAN TANAH?

a.
  Pertanian
b.  Bangunan Kediaman / Perniagaan
c.  Industri

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON TANAH?

Dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah di mana tanah itu 
terletak.


Cara memohon

a.  Individu
-   Isi borang Jadual 1 permohonan tanah dan borang Butir-butir Diri
    Pemohon dengan lengkap (2 salinan).
-   Pelan Tapak (2 salinan).
-   Bayaran Permohonan.

b.  Lain-lain Pemohon
-   Isi borang (KTN) dan borang butiran syarikat / perbadanan 
   / pertubuhan dengan lengkap (2 salinan).
-   1 salinan Memorandum an Article of Association bagi 
    pertubuhan salinan undang-undang tubuh disahkan 
    oleh Setiausaha.
-   Borang 49 dan 24 terkini diperoleh daripada Pendaftar syarikat.
-   Bayaran permohonan.

Nota
-   Jika melibatkan tanah simpanan Melayu hendaklah 
   syarikat / pertubuhan tersebut bertaraf 
    Melayu dan tersenarai dalam Jadual Ketiga yang 
   terlibat di PTG mengikut Enakmen Rizab Melayu 
   (FMS Cap 142).
-   Borang-borang hendaklah ditandangani oleh salah seorang 
   daripada Ahli Lembaga Pengarah dan disertakan Cop rasmi 
   syarikat / pertubuhan.


BERAPA BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN?

1.   Beli 2 keping pelan. 
     Kurang dari 5 hektar (12 ekar).
     RM 20.00 (1 Salinan).
     Lebih dari 5 hektar (12 ekar).
     RM 50.00.

2.  Perlu mengisi borang Jadual 1 Aturan 2 Kanun Tanah Negara (KTN)
     
     a. Pendaftaran Pertanian

     Kurang dari 2 hektar (5 ekar).
     RM 10.00.
     Lebih dari 2 hektar kurang 10 hektar.
     RM 50.00.
     Lebih dari 10 hektar.
     RM 100.00.   

     b. Pendaftaran Bangunan (Kediaman)
     Kurang dari 1 hektar (2.471 ekar).
     RM 50.00.
     Lebih dari 1 hektar kurang 10 hektar.
     RM 100.00.
     Lebih dari 10 hektar.
     RM 200.00.   

     c. Pendaftaran Bangunan (Perniagaan & Perusahaan)
     Kurang dari 1 hektar (2.471 ekar).
     RM 100.00.
     Lebih dari 1 hektar kurang 10 hektar.
     RM 200.00.
     Lebih dari 10 hektar.
     RM 300.00.   


Catatan : Pemohon perlu memastikan di mana tanah Kerajaan Yang masih kosong sebelum membeli pelan lokasi di Unit Pelan. 


SIAPAKAH YANG MELULUSKAN?

Pihak Berkuasa Negeri (PBN).


PERLAKSANAAN KADAR BAYARAN PREMIUM

i) Pekeliling PTG Selangor 7/2010
   Garis Panduan Pembayaran Premium / Premium Tanah Di Negeri Selangor.

ii) Pekeliling PTG Selangor 6/2011
   Garis Panduan Skim Pemilik Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bagi Kediaman 
   Persendirian Di Negeri Selangor.

 

 


Kemaskini pada 2020-02-12 08:55:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page