Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ribut: Penduduk tunggu bantuan kerajaan negeri

Ribut: Penduduk tunggu bantuan kerajaan negeri

Kerosakan membabitkan bahagian bumbung yang diterbangkan angin kuat.

SERENDAH -  Sebanyak 17 rumah di Kampung Tok Pinang, di sini rosak selepas dilanda ribut kira-kira jam 4.30 petang, kelmarin.

Ketua Komuniti India Hulu Selangor, K Rajan berkata, angin kuat menerbangkan beberapa atap rumah penduduk namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Menurutnya, ada juga penduduk terlibat yang terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi memperbaiki kerosakan tersebut."Tapi ramai penduduk yang masih menunggu bantuan dengan membiarkan dahulu keadaan bumbung rumah terbuka."Masa kejadian hujan tidak berapa lebat namun difahamkan penduduk sempat menyelamatkan harta benda lain daripada rosak terkena hujan."Dokumen berkaitan kesemua 17 keluarga terlibat sudah diperoleh dan kini dalam proses untuk mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri bagi meringankan beban mangsa," katanya.Rajan berkata, keselamatan penduduk menjadi keutamaan maka kerja memperbaiki kerosakan bahagian bumbung itu perlu dilakukan segera.Menurutnya, penduduk juga dinasihati agar peka dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan berwaspada ketika angin kuat.


Kemaskini pada 2018-09-03 08:09:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page