Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemohonan Penyerah Balik Sebahagian Tanah

Pemohonan Penyerah Balik Sebahagian Tanah

APAKAH MAKSUD MENYERAH BALIK SEBAHAGIAN TANAH?

Menyerah Balik Sebahagian Tanah bermaksud seorang tuan punya yang 
ingin menyerah balik satu bahagian sahaja dari tanah yang terkandung 
di dalam hakmilik.

 

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON?

1) Dibuat melalui Pejabat Tanah; dan

2) Dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Jurukur yang telah dilantik permohon.



CARA MEMOHON


1) Mengisi Borang 12B (3 salinan) yang ditandatangani oleh Pemilik Tanah, 
    Pemegang Kuasa Wakil 
(P.A) atau Syarikat ;

    Sekiranya syarikat memohon perlu ada cap mohor (common seal);

2) Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan 
    Pejabat Tanah / Pendaftar Negeri Selangor.

3) 1 salinan ‘Memorandum dan Article of Association’ berserta Borang 49 
    dan Borang 24 – sekiranya permohonan dibuat oleh Syarikat;

4) 12 salinan pelan pra-hitungan (mengandungi pelan kunci, pelan lokasi 
    dan pelan tapak) yang disediakan dan ditandatangani oleh Juruukur 
    Berlesen;

5) Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah dan 
    didaftarkan oleh Pihak Berkuasa  Perancang (MDHS);


6) 1 salinan Sijil Carian Rasmi terkini;

7) 1 salinan resit bayaran cukai tanah bagi tahun semasa;

8) 1 salinan hakmilik asal;

9) 1 salinan kad pengenalan pemohon; dan

10) Surat persetujuan bertulis dari pihak yang mempunyai 
      kepentingan berdaftar atas tanah.



BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN?

Tiada sebarang fee bayaran dikenakan.


KUASA MELULUSKAN

1) Pentadbir Tanah Hulu Selangor bagi hakmilik yang dipegang oleh 
    Pejabat Tanah; dan

2) Pengarah Tanah dan Galian Selangor bagi hakmilik yang dipegang
    oleh Pendaftar Negeri.

 


Kemaskini pada 2016-08-15 11:40:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page