Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Asak generasi muda cinta negara

Asak generasi muda cinta negara

June Leow (tiga, kanan) bersama guru ketika melawat hasil kreativiti pelajar pada Majlis Penutup Bulan Kebangsaan.
 

KUALA KUBU BHARU - Generasi muda terutama pelajar perlu 'diasak' dengan semangat cintakan negara kerana mereka tidak pernah melalui susah payah individu dahulu memperjuangkan kemerdekaan tanah air.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, generasi muda kini hanya mendengar cerita atau membaca buku sejarah dengan pelbagai nikmat  kemajuan.

Menurutnya, tanpa jiwa patriotisme, golongan itu dibimbangi alpa dan lalai dari memelihara keamanan.

"Sebagai pelapis yang akan mewarisi pentadbiran negara, generasi muda mestilah dididik  pentingnya cintakan tanah air.

"Sejarah akan mendidik mereka menjadi orang yang cintakan tanah air, menghargai pejuang kemerdekaan dan berusaha mengelak sejarah hitam negara berulang kembali," katanya

pada Majlis Penutup Bulan Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Haji Kamarudin, kelmarin.

June Leow berkata, sambutan Bulan Kebangsaan di sekolah memberi manfaat kepada pelajar melalui aktiviti kemerdekaan seperti pertandingan kuiz, syarahan dan persembahan yang berkaitan sejarah perjuangan negara.


Kemaskini pada 2018-09-18 08:18:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page