Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

40 kes jenayah di Hulu Selangor naik mahkamah

40 kes jenayah di Hulu Selangor naik mahkamah

Bak Phai bersama pegawai pada majlis perhimpunan bulanan itu di IPD Hulu Selangor.
 

KUALA KUBU BHARU - Indeks jenayah keseluruhan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor bagi Ogos lepas mencatatkan sebanyak 58 kes dengan 40 kes dituduh di mahkamah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, bagi jenayah narkotik sebanyak 55 kertas siasatan dibuka dengan 22 kes pertuduhan kertas siasatan.

Menurutnya, integriti diri dan organisasi menjadi pelengkap kepada kekuatan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Tugas polis adalah memberi satu perkhidmatan yang sempurna agar masyarakat dijamin keselamatannya selaras dengan apa yang diperuntukkan dalam Akta Polis 1967 di bawah SEK 3 (1).

“Dalam era globalisasi ini, sudah pasti banyak cabaran yang perlu kita hadapi dan tanpa iman yang kuat dan pegangan agama yang kukuh, adalah sukar berdepan cabaran serta dugaan tersebut,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Surat Penghargaan di perkarangan IPD Hulu Selangor, di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman, ketua bahagian dan balai polis dalam daerah ini.

Bak Phai berkata, polis menjalin kerjasama erat dengan masyarakat agar orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah.

Menurutnya, program turun padang yang dilaksanakan di lokasi tumpuan ramai turut mengukuhkan hubungan tersebut.


Kemaskini pada 2018-09-18 08:23:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page