BUKIT SENTOSA - [VIDEO] Hampir tiga tahun berlalu namun tabung bagi tujuan pembinaan Masjid Bukit Sentosa 3 hanya berjaya mengutip sumbangan RM120,000.

Jumlah itu jauh sedikit berbanding kos sebenar pembinaan masjid baharu di tapak seluas tiga ekar di Jalan Bakawali dekat sini yang memerlukan peruntukan sebanyak RM10 juta.

Pengerusi jawatankuaaa pembinaan masjid tersebut, Meor Samsudin Meor Hassan berkata, cadangan membina sebuah masjid di kawasan Bukit Sentosa 3 dibuat atas persetujuan penduduk.

Menurutnya, permohonan mendapatkan peruntukkan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dibuat pada 2006.

"Pada Disember 2015, kami memulakan kutipan sumbangan orang ramai selepas menerima kebenaran daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS),"katanya pada majlis pelancaran tabung pembinaan masjid berkenaan, semalam.

Majlis disempurnakan Adun Batang Kali, Harumaini Omar dan dihadiri Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Muzaffar Raja Redzwa.

Meor Samsudin berkata, tapak pembinaan diwartakan untuk masjid baharu itu yang berkonsepkan kehijauan dengan ciri mesra alam menggunakan sistem solar.

Menurutnya, masjid itu nanti dapat menampung kapisiti 1,000 jemaah dan dilengkapi ruanh solat, dewan seminar, kelas tahfiz, pejabat pengurusan serta kemudahan lain termasuk riadah.

"Kedudukan masjid ini berada di enam kawasan perumahan yang dianggarkan seramai 30,000 penduduk maka ia satu keperluan.

"Buat sementara waktu, penduduk menggunakan sebuah surau iaitu Surau Ar Raudah bagi mendirikan solat Jumaat kerana masjid terdekat sejauh empat kilometer (Masjid Saidina Ali) dan sembilan kilometer (Masjid As Salam),"katanya.

Meor Samsudin berkata, pembinaan masjid baharu di Bukit Sentosa 3 adalah wajar berdasarkan situasi tersebut selain tapak cadangan bersebelahan Sekolah Rendah Agama Jalan Bakawali yang mempunyai 1,100 pelajar.

Menurutnya, resit rasmi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) akan dikeluarkan bagi wakaf khas ini dengan pelepasan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui Saham Wakaf Selangor sebanyak tujuh peratus bagi individu dan 10 peratus untuk syarikat.

Sumbangan boleh disalurka melalui cek atas nama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Sentosa 3 atau akaun Bank Muamalat bernombor 12010001805710

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pengerusi jawatankusa, Meor Samsudin di talian 013-2343306 atau Azman 019-306826