Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemohonan Penyatuan Tanah

Pemohonan Penyatuan Tanah

APA MAKSUD PENYATUAN TANAH?

Penyatuan tanah bermaksud dua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang di bawah hakmilik berasingan adalah dicantumkan menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik.

BAGAIMANA CARA UNTUK MEMOHON?

1) Dibuat melalui  Pentadbir Tanah;

2) Dibuat oleh pemilik  tanah sendiri; 
3) Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen yang berkaitan.

CARA MEMOHON

1) Borang 9C (3 salinan).
2) 12 pelan pra-hitungan yang mengandungi pelan kunci, pelan lokasi serta pelan tapak yang 
    disediakan dan ditandatangani oleh Jurukur Berlesen DAN telah diendoskan oleh pihak PBT 
    (MDHS).

3) Carian Rasmi Asal. 
4) Salinan Hakmilik.
5) Salinan Cukai Semasa.
6) Surat kelulusan pelan cantuman dari pihak PBT.
7) Surat kebenaran daripada Pemegang Gadaian (sekiranya ada gadaian dengan mana-mana 
    pihak)
8) Surat Kuasa Wakil (P.A) didaftarkan di Mahkamah Tinggo dan Pejabat Tanah – sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah.
9) 1 salinan MAA, Borang 24 dan 49 terkini (sekiranya permohonan dibuat oleh syarikat).

BERAPA BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN?


RM 150.00 BAGI SETIAP HAKMILIK 
(Bayaran mengikut Kaedah Tanah Selangor)


SIAPA YANG MELULUSKAN?


1) Menteri Besar Selangor bagi tanah-tanah berikut :

    a) Lot-lot yang disatukan dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah – keluasan jika disatukan 
        melebihi 4 hektar (10ekar).

    b) Lot yang dipegang sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Tanah dan sebahagiannya lagi 
       di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar Hakmilik Negeri.

    c) Jika wujud apa-apa perbezaan di antara mana-mana lot tersebut dari segi berikut :-

       (i)   Tempoh-tempoh yang dipegang.
       (ii)   Kadar cukai sewa yang kena dibayar.
       (iii)   Jenis penggunaan tanah, syarat dan sekatan kepentingan yang ianya tertakluk.

2) Pengarah Tanah dan Galian bagi tanah yang kurang 10 ekar bagi hakmilik Pejabat Pendaftar 
    Hakmilik Negeri.


Kemaskini pada 2016-08-15 11:41:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page