Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Warga asing guna padang, bas percuma

Warga asing guna padang, bas percuma

Anak warga asing bermain di padang pada hari bekerja manakala golongan dewasa menggunakan kemudahan ini pada hari cuti.
 

HULU SELANGOR - Peningkatan jumlah warga asing di sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dekat sini menimbulkan keresahan di kalangan penduduk tempatan.

Selain mendominasi sektor pekerjaan terutama di kilang perindustrian, warga asing terbabit turut bekerja di beberapa kedai makanan dan runcit.

Menduduki dan bekerja secara sah memberi kelebihan kepada mereka untuk menggunakan pelbagai kemudahan termasuk bas percuma dan padang awam.

Kebiasaan pada sebelah petang dan hari cuti bekerja, mereka sering berkumpul untuk bermain bola sepak serta kadangkala kriket atau sepak takraw di padang awam.

Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Cempaka 1C, Mohd Zainuddin Yeob berkata, pihaknya tidak menghalang warga asing yang tinggal di kawasan perumahan tersebut untuk berbuat demikian.

Menurutnya, mereka dibenarkan melakukan aktiviti sukan dengan syarat tidak melakukan merosakkan harta benda.

“Dulu tidak ramai tapi bila Bukit Sentosa makin membangun dan banyak kilang beroperasi, jumlah mereka meningkat.

“Bukan sahaja datang bekerja tetapi ada yang sudah berkeluarga pun tinggal di sini.

“Adalah tidak wajar untuk halang mereka dari guna kemudahan awam tetapi pihak persatuan penduduk sentiasa memantau agar tidak berlaku apa-apa kerosakan,”katanya.

Mohd Zainuddin berkata, kebiasaan warga asing itu akan bermain bola sepak atau sukan lain di kalangan mereka sendiri walaupun berkongsi padang awam dengan penduduk tempatan pada waktu sama.


Kemaskini pada 2018-10-01 08:29:09 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page