Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MB jelajah Hulu Selangor

MB jelajah Hulu Selangor

Pangsapuri Trompet dikosongkan sejak 2015 atas faktor keselamatan
 

KUALA KUBU BHARU - Menteri Besar, Amirudin Shari memulakan pogram Jelajah Maju Bersama ke daerah ini dengan himpunan pagi dan bersarapan bersama penjawat awam.

Beliau kemudian mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor.

 

Amirudin berkata, penjawat awam merupakan nadi kepada kemajuan dan pembangunan negeri.

Menurutnya, Selangor mencatatkan kejayaan daripada segi angka, data ekonomi dan sosial hasil keupayaan kerja penjawat awam yang berintegriti.

"Ramai penjawat awam tidak selesa ketika kerajaan negeri bertukar pentadbiran pada 2008  namun kesepakatan pimpinan tercapai dalam tempoh 10 tahun ini.

"Pemimpin parti politik sering bersilih ganti tetapi penjawat awam kekal sebagai ejen pelaksana," katanya.

Sementara itu Amirudin berkata, pelantikan exco hal ehwal agama Islam, pendidikan dan pembangunan modal insan yang baharu dijangka diumumkan sebelum atau selepas Pembentangan Belanjawan 2019.

Menurutnya, beliau kini memberi tumpuan kepada kepada belanjawan tersebut.

"Memandangkan ini merupakan pembentangan belanjawan pertama saya bersama barisan exco yang juga terdiri daripada muka baharu, jadi ia perlukan sedikit masa,"katanya.

Penyandang jawatan tersebut, Allahyarham Profesor Shaharuddin Badaruddin yang juga Adun Seri Setia meninggal dunia pada Ogos lalu.

Projek perumahan terbengkalai diselesaikan

Sementara itu di Rasa, penduduk menarik nafas lega apabila Kerajaan Negeri sedia membantu menyelesaikan  isu perumahan di bawah projek pembesaran Kampung Melayu Rasa yang terbengkalai sejak 1999.

Pengerusi Majlis Bertindak Rumah Terbengkalai Kampung Melayu Rasa, Mohd Hizam Azmi berkata, pihaknya menyambut baik perancangan untuk memadatkan kawasan perumahan terbabit.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menyatakan kesediaan menyalurkan peruntukkan dari segi infrastruktur sebanyak RM4 juta.

"Sudah berkali-kali kami turun naik jumpa pihak berkaitan dan alhamdulillah, penduduk gembira apabila mendapat keperihatinan  ­kerajaan.

"Mengenai perancangan memadatkan perumahan ini kami terima dengan hati terbuka asalkan isu terbengkalai dapat diselesaikan,” katanya.

Amirudin ketika mengadakan lawatan ke tapak projek meminta penduduk yang belum mengemukakan geran agar berbuat demikian bagi melengkap dokumentasi.

Menurutnya, memadatkan perumahan itu akan disusun dari semasa ke semasa dan lebihan daripada kawasan berkenaan akan dibina rumah rakyat.

"Ia amat bagus kerana wujudnya ‘win win situation’ di mana Kerajaan Negeri dapat membantu penduduk yang terbengkalai rumahnya.

"Pada masa sama kita dapat membina rumah untuk orang lain duduk atau beli dengan kadar berpatutan,” katanya.

Lima blok pangsapuri retak

Sikap sambil lewa pemaju menyebabkan Panggsapuri Trompet mengalami mendapan dan ­keretakan serius.

Permasalahan tersebut dikesan sejak 2010 sebelum penduduk diarah mengosongkan lima blok pangsapuri berkenaan pada 2015.

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bercadang mencari unit rumah lain untuk penduduk dengan mengambil kira punca masalah terbabit sama ada disebabkan kelemahan struktur atau tapak asas.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri dalam usaha membiayai kos lebih kurang RM800,000 namun sebarang keputusan dibuat berdasarkan sebut harga daripada Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

"Saya rasa Kerajaan Negeri akan melihat kos dahulu sama ada ia memberi keuntungan atau sebaliknya kerana sekiranya kita perbaiki tetapi tiada orang tinggal di sini, tiada guna juga.

"Kami akan cuba membantu kerana difahamkan anggaran dalam 30 keluarga sahaja yang tinggal dalam satu-satu blok yang mempunyai 80 unit rumah kesemuanya,” katanya.

Beliau bekata demikian selepas membuat lawatan ke tapak apartment berkenaan dalam siri jelajah tersbebut.

10 buah masjid terima sumbangan

Sumbangan berjumlah RM140,000 disalurkan kepada 10 masjid dan surau di daerah ini.

Tiga masjid iaitu Masjid Jamek Ar Rahimah dan Masjid Lama Hulu Yam serta Masjid Jamaatul Amaul Husna masing-masing menerima sumbangan RM20,000

Manakala lapan surau dengan RM10,000 setiap satu diterima Surau Al Ubudiah Jalan Pejabat Soeharto, Surau Nurul Iman Bandar Baru Sungai Buaya dan Surau Asy Syakirin Bakawali Bukit Sentosa 3.

Surau lain adalah Surau Kampung Seri Geriang Hulu Bernam, Surau Taman Seri Batang Kali, Surau Al Hidayah Kesumba dan Surau As-Sodiqin Taman Kasturi Bukit Sentosa serta Surau Hayarul Islam Taman Seroja Bukit Sentosa.

Penyerahan mok cek sumbangan disempurnakan Amirudin di Masjid Jamek Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu.        


Kemaskini pada 2018-10-02 09:32:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page