Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pemohonan Tukar Syarat Tanah

Pemohonan Tukar Syarat Tanah

APAKAH MAKSUD TUKAR SYARAT?

Tukar syarat bermaksud pengubahan kategori kegunaan tanah atau pengenaan kategori kegunaan tanah yang baru; atau perbatalan; atau pindaan syarat nyata yang baru untuk membolehkannya menggunakan atau memajukan tanah bagi maksud yang lain daripada dibenarkan masas ini.

 

APAKAH PERSEDIAAN BAGI PERMOHONAN?

Dokumen yang perlu disediakan oleh pemohon sebelum membuat permohonan tukar syarat ialah :-

i.              Borang Kaedah 44C (2 salinan).

ii.             18 pelan Kunci, Lokasi, Tapak yang disediakan oleh Jururancang Bandar Bersekutu.

iii.            Laporan Cadangan Pemajuan.

iv.             Carian Rasmi Asal.

v.             Salinan Hakmilik.

vi.            Salinan Cukai Tanah Semasa.

vii.           Surat pertujuan bertulis daripada tiap-tiap orang / badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke tanah.

viii.          Dokumen surat kuasa wakil jika permohonan dibuat oleh mana-mana orang di bawah surat kuasa wakil (Didaftarkan di Mahkamah Tinggi Dan Pejabat Tanah).

ix.            Permohonan daripada syarikat hendaklah mengemukakan ‘Memorandum and Article of Association’ dan Borang 24 dan 49.

 

BERAPA BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN?

       i.          Tidak lebih 1 hektar RM70.00.

       ii.          1 hektar – 10 hektar RM 140.00

      iii.          Lebih 10 hektar :-

§     10 hektar pertama – RM100.00

§     Tambahan setiap hektar atau sebahagiannya – RM10.00


SIAPAKAH YANG MELULUSKAN?

1)     Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (bagi permohonan One Stop Centre).

2)     Y.A.B Dato’ Menteri Besar Selangor (permohonan meminda syarat nyata tanah).

3)     Pengarah Tanah dan Galian Selangor (Rizab Melayu).

4)     Pentadbir Tanah / Daerah Hulu Selangor (permohonan kilang tanpa kebenaran – dalam zoning).

 

BERAPA KADAR BAYARAN PREMIUM YANG DIKENAKAN?

1)     Pertanian kepada Bangunan kediaman – 15 % daripada nilai tanah yang baru diluluskan.

2)     Pertanian kepada Bangunan Perniagaan – 30% daripada nilaian tanah yang baru diluluskan.

3)     Pertanian kepada Industri
 - Industrial Ringan – 20%

 - Industrial Sederhana – 25%

 - Industrial Berat – 30% daripada nilaian tanah yang baru diluluskan.

 

4)     Bangunan Kediaman Kepada Bangunan Perniagaan – 15% daripada nilaian tanh yang baru diluluskan.

5)     Industri Kepada bangunan Perniagaan – 10% daripada nilaian tanah yang baru diluluskan.

 


Kemaskini pada 2016-08-15 11:45:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page