Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lori dipandu lawan arus

Lori dipandu lawan arus

Rakaman video yang tular menunjukkan sebuah lori dipandu melawan arus sebelum bertembung treler di Kilometer 432 lebuh raya Plus arah Selatan.
 

SUNGAI BUAYA - [DIKEMASKINI] Dua lori bertembung di Kilometer 432 Lebuh Raya Utara Selatan dekat susur masuk Tol Sungai Buaya, di sini, pagi tadi.

Pertembungan berlaku apabila salah satu lori itu dipandu melawan arus sejauh tiga kilometer di lorong tengah lebuh raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kemalangan membabitkan lori tiga tan jenis Isuzu dan sebuah lagi lori bersaiz panjang jenis yang sama pada jam 9.15 pagi.

“Pemandu lori panjang berusia 48 tahun itu dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur dan berada di lorong tengah. Pemandu berkenaan nampak lori tiga tan itu dipandu melawan arus di hadapannya dan cuba mengelak tetapi tidak sempat.

“Perlanggaran berlaku di sebelah kiri namun kedua pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati pemandu lori yang melawan arus berusia 37 tahun itu mempunyai satu rekod lampau dan dihukum atas kesalahan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

“Suspek tidak memiliki lesen memandu tetapi mempunyai 64 saman yang belum selesai selain 36 waran tangkap dan 15 kes N/C. Dia negatif saringan ujian air kencing namun dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan alkohol dalam darah

“Dia kini ditahan reman dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya.


Kemaskini pada 2018-10-08 08:27:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page