ATANG KALI - Nasib pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Mohamad Anas Aslam Munsyi yang menderita penyakit kanser darah mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Kisah pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Dakwah Pengurusan Sumber Insa itu tular di media sosial selepas Kelab Al-Azhar Members Kuis menubuhkan tabung derma kilat.
Menerusi laman Facebook, LZS memaklumkan bahawa pihaknya mengesahkan perkara tersebut selepas melakukan kunjungan ziarah ke rumah pelajar terbabit di Batang Kali.
Sehubungan itu, LZS sedia mempertimbangkan bantuan bersesuaian untuk disalurkan kepada Mohamad Anas sekiranya terdapat sebarang kos rawatan pada masa akan datang.
"Prosedur mengambil air tulang belakang adalah untuk mengenal pasti tahap kanser, punca dan ubat yang sesuai untuk rawatan.
“Bagaimanapun, untuk masa kini, tiada sebarang kos dan ubatan yang perlu ditanggung olehnya dan keluarga.
“Justeru, marilah sama-sama kita doakan agar Allah kurniakan kesembuhan dan kesihatan buat pelajar ini dan kurniakannya kejayaan di dunia dan,”katanya.
Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan ikhlas, boleh terus disalurkan ke akaun penama Mohamad Anas Aslam Munsyi di 12-207-02-008436-1 (Bank Islam).
Kemaskini pada 2018-10-18 10:45:45 daripada Administrator