BUKIT BERUNTUNG - Isu projek perumahan dan deretan bangunan lot kedai terbengkalai dan terbiar dekat sini perlu diberi perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ahli Parlimen Hulu Selangor, June Leow Hsiad Hui berkata, krisis ekonomi 1997 menjadi titik permulaan kepada rencatan projek berkenaan dan akhirnya terbiar sehingga sekarang.

Menurutnya, beliau mencadangkan agar projek tersebut dibangunkan dengan pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat memiliki kediaman sendiri.

"Perkara ini dah berlarutan untuk tempoh lebih 10 tahun namun sehingga sekarang, masih belum ada usaha efektif yang memberi manfaat secara langsung bagi menangani isu tersebut.

"Jadi saya harap kerajaan dapat ambil alih lot-lot yang terbengkalai dan terbiar untuk diperbaiki seterusnya dijadikan rumah mampu milik kepada masyarakat di sini.

"Saya yakin kerajaan PH ada kaedah bagi mencari jalan penyelesaian demi kebaikan rakyat kerana bangunan terbengkalai menjejaskan imej daerah ini," katanya.

June Leow berkata, perkara tersebut akan dibangkitkan dalam sidang Parlimen untuk perhatian kementerian terbabit.

Menurutnya, selain itu penduduk di sekitar Kuala Kubu Bharu, Hulu Bernam, Batang Kali, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung berdepan masalah kekurangan liputan jalur lebar berkelajuan tinggi.

"Maka infrastruktur digital perlu dipertingkat kerana aduan ini disuarakan perusahaan industri serta syarikat swasta .

"Mereka berisiko kerugian apabila  urusan tergendala  infrastruktur internet yang lemah," katanya.Projek perumahan terbengkalai boleh diteruskan sebagai rumah mampu milik.Ia dapat memberi kesedaran pentingnya mencintai alam sekitar dan MDHS menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) bertaraf majlis daerah yang pertama di negeri ini yang menganjurkan Hari Tanpa Kenderaan