Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Premis cemar sungai diarah ditutup

Premis cemar sungai diarah ditutup

Notis penutupan yang dikeluarkan oleh MDHS.

BUKIT BERUNTUNG - Sebuah premis kitar semula plastik di Jalan Jenjarum, dekat sini diarah menghentikan operasi dalam tempoh 14 hari bermula 29 Oktober lalu.

Pegawai Komunikasi Korporat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Junainah Abdullah berkata, premis berkenaan dikesan mengeluarkan effluen ke longkang awam dan menyebabkan pencemaran sungai.

Menurutnya, operasi penutupan dilakukan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Jabatan Penguatkuasaan MDHS.

"Notis penutupan dibuat di bawah peruntukan Undang Undang Kecil 43(1)(a)(b) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007.

"Premis tersebut diarahkan supaya menghentikan operasinya dalam tempoh 14 hari bermula dari tarikh notis dikeluarkan.

"Berdasarkan rekod terdahulu, premis ini pernah dikenakan tindakan sama pada 2016,"katanya.

Junainah berkata, tindakan terbabit dilaksanakan  bertujuan mengelak pencemaran sungai di Hulu Selangor yang merupakan kawasan tadahan air kepada negeri ini.

Menurutnya, MDHS akan memastikan semua kilang beroperasi dalam keadaan selamat dan tidak berpotensi menyebabkan pencemaran alam sekitar.

 


Kemaskini pada 2018-10-31 11:01:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page