Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Buaya muncul di Sungai Bernam

Buaya muncul di Sungai Bernam

Buaya muncul di permukaan sungai ini sejak dua minggu lalu.

HULU BERNAM - Kemunculan seekor buaya di Empangan Sungai Bernam sejak dua minggu lalu cetus kebimbangan di kalangan penduduk dan nelayan.

Ketua Sukarelawan Perikanan Daerah (Super) Hulu Selangor, Roslan Ahmad berkata, buaya tersebut dianggarkan berukuran panjang 3.7 meter dengan saiz usia haiwan remaja.Menurutnya, beberapa nelayan menyedari haiwan itu muncul di permukaan air di sekitar 500 meter dari pintu air empangan berdekatan Kampung Seri Ampangan."Tapi dalam seminggu ini, buaya terbabit bermain di kawasan pintu air dan setiap kali ada orang datang, ia akan muncul di permukaan sungai. "Saya rasa ia bukan buaya liar kerana kebiasaan buaya liar akan hilangkan diri kalau nampak orang."Buaya ini seakan buaya yang dibela oleh manusia dan dilepaskan di sini serta dilihat dalam keadaan lapar, bila ada orang baling ikan.. ia akan sambar makan," katanya. Roslan berkata, perkara itu dimaklumkan kepada pemimpin setempat sebelum dilaporkan ke pihak Perhilitan, semalam. Menurutnya, tali penghalang sebagai kawasan larangan diletakkan di lokasi berkenaan bagi mengelak orang ramai menghampiri untuk melihat buaya tersebut."Buat masa ini memang belum agresif tetapi bila ramai orang datang, saya takut ia bertindak ganas."Nelayan pun jadi takut sebab ia akan mendekati bot malah kawasan pintu air ini juga tempat orang memancing ikan."Diharap pihak Perhilitan dapat menangkap buaya ini dan dilepaskan di kawasan lain," katanya.


Kemaskini pada 2018-11-12 08:53:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page