Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penduduk cemas diserang 'biawak gergasi'

Penduduk cemas diserang 'biawak gergasi'

Biawak gergasi itu ditangkap di dalam reban ayam.

KUALA KUBU BHARU - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor berjaya menangkap 'biawak gergasi' di dalam reban ayam di Taman Ampang Indah dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, kehadiran haiwan berkenaan disedari pemilik ternakan selepas terdengar bunyi bising ayam di reban belakang rumah.

Pemilik ternakan yang dikenali sebagai Sofia berkata, dia dan ayahnya segera memeriksa kawasan reban untuk kepastian.

"Saya terkejut bila masuk reban nampak ada seekor biawak yang besar dan terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk minta bantuan. 

"Tidak berani nak tangkap atau halau sebab saiz biawak itu terlalu besar dan bimbang menyerang kami pula,"katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Daerah Hulu Selangor, Kapten Pertahanan Awam Hilmi Husman berkata, empat anggota ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung penemuan biawak itu.

Menurutnya, tiba di lokasi, pasukan  diketuai Koperal (PA) Mohd Firdaus Abd Samad mendapati biawak tersebut berada di dalam reban ayam. 

"Anggota menghadapi sedikit kesukaran ketika hendak menangkap biawak tersebut berikutan hujan lebat dan saiz biawak yang besar serta agresif.

"Bagaimanapun anggota berjaya menangkap biawak tersebut menggunakan penjerut," katanya.

Hilmi turut menasihatkan orang awam yang menternak haiwan seperti ayam berhati-hati  terhadap ancaman haiwan reptilia seperti ular dan biawak di kawasan reban ternakan.


Kemaskini pada 2018-11-13 08:04:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page