Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ingatkan kepala labi-labi tapi buaya

Ingatkan kepala labi-labi tapi buaya

Jabatan Perhilitan sedang giat mengesan kedudukan buaya berkenaan.

HULU BERNAM - Disangka kepala labi-labi tapi rupa-rupanya kepala buaya. Itu reaksi seorang kaki pancing, Zaini Bani, 59, apabila seekor buaya muncul di permukaan sungai ketika dia sedang memancing berdekatan Ampangan Sungai Bernam. Zaini berkata, dia memancing sendirian bertindak lari ke atas tebing sungai sebaik mendapati objek tersebut adalah kepala seekor buaya.

"Masa itu dalam pukul 5 petang dan baru saja dalam lima minit letak joran, tiba-tiba ada objek hitam timbul di semak tepi tebing."Ingatkan kepala labi-labi tapi buaya, saya lari naik atas dan segera beredar sebelum memaklumkan kepada kawan-kawan sekampung," katanya. Kemunculan buaya itu menarik perhatian orang ramai apabila menampakkan diri di permukaan tanpa bertindak agresif sejak dua minggu lalu berhampiran pintu air empangan tersebut.

Sementara itu, pihak Perhilitan yang sedang menjalankan operasi menangkap haiwan berkenaan sejak jam 3 petang tadi masih gagal apabila buaya berkenaan hanya munculkan diri seketika sebelum menghilang.


Kemaskini pada 2018-11-13 08:06:17 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page