Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tentera sedang latihan bukan kawal kuil

Lim Bak Phai

Lim Bak Phai

HULU SELANGOR - Berita meminta penduduk sekitar Sungai Buaya supaya tidak keluar dari rumah, yang tular malam tadi adalah tidak benar.

Ketua polis Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, berita tersebut mendakwa segelintir kaum India membuat sekatan jalan raya di sekitar kawasan perumahan Ihsan Ibu, Koskan.

 

Menurutnya, di lokasi sama turut dikatakan terdapat angkatan tentera yang mengawal di semua kawasan kuil di Sungai Buaya.

"Siasatan ibu pejabat ini mendapati berita yang tular adalah tidak benar dan semata-mata  untuk menakutkan serta menimbulkan suasana gangguan ketenteraman awam di kawasan berkenaan.

"Semakan juga mendapati memang terdapat pasukan tentera di kawasan tersebut yang sedang menjalani latihan tahunan dan dijangka akan tamat pada 30 November ini.

"Saya menasihatkan penduduk di kawasan tersebut supaya tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu yang tular," katanya.

Bak Phai berkata, pihak polis ditugaskan membuat rondaan lebih ketat bagi menjamin keselamatan penduduk setempat.

Menurutnya, orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang pengesahan maklumat  bolej menghubungi IPD Hulu Selangor di talian 03-60651021.


Kemaskini pada 2018-11-29 08:10:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page