Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kejohanan orienteering setiap tahun

orienteering

Kejohanan julung kali itu disertai pasukan seluruh negara di ABPM Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu.

KUALA KUBU BHARU - Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah berhasrat memperluaskan penglibatan anggota dalam sukan orienteering sehingga ke peringkat antarabangsa.

Komandan akademi, Md Ali Ismail berkata, sukan rekreasi itu sudah lama bertapak di negara ini dengan penganjuran kejohanan berprestij namun masih kurang dipelopori anggota bomba.

Menurutnya, orienteering merupakan sukan yang memerlukan stamina tinggi untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat berpandukan kemahiran membaca peta dan kompas.

"Sukan ini menguji ketahanan fizikal dan mental apabila memerlukan peserta berlari sambil berfikir arah tuju kedudukan sesuatu lokasi ditetapkan.

"Anggota bomba lebih dikenali sebagai penyelamat namun pada masa sama, kita boleh libatkan dalam kejohanan sukan bagi menonjolkan imej jabatan.

"Saya setuju kejohanan orienteering diadakan setiap tahun agar ia menjadi salah satu acara dalam sukan jabatan," katanya ketika merasmikan majlis penutup Firefighter Orienteering Championship di akademi tersebut.

Md Ali berkata, kejohanan julung kali diadakan itu disertai peserta dari kalangan anggota di seluruh negara dengan bengkel selama dua hari di bawah kendalian Malaysia Adventure Racing and Sport Orienteering Actuator (MEOSC).

Menurutnya, pendedahan terhadap kemahiran membaca peta dan kompas itu dapat dipraktikkan dalam tugasan selain berpeluang menyertai kejohanan di peringkat lebih tinggi.

"Tahun ini kita anjurkan secara bersendirian namun pada kejohanan akan datang, kita mahu berganding dengan organisasi lain.

"Kita juga menggalakkan anggota menyertai kejohanan sukan ini dengan membawa nama jabatan dan negara," katanya.

Pada kejohanan tersebut, juara dengan hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala pusingan dimenangi pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

Sementara pasukan JBPM Melaka di tempat kedua dan ketiga, JBPM Perak.


Kemaskini pada 2018-12-03 08:41:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page