Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Lembu terjatuh, terperangkap tiga jam dalam manhole

Lembu terjatuh, terperangkap tiga jam dalam manhole

Lembu terjatuh dalam lubang saliran air ketika hendak pulang ke kandang.

KUALA KUBU BHARU - Hasrat pasangan suami isteri yang mahu membawa lembu ternakan pulang ke kandang terbantut apabila seekor lembu terjatuh ke dalam lubang saliran air petang semalam.Dalam kejadian jam 5.15 petang itu, lembu dewasa yang tenggelam separuh badan di dalam lubang yang dipenuhi air cuba ditarik keluar pasangan suami isteri terbabit bagaimanapun gagal.

Penternak yang mahu dikenali Halimah, 51, berkata, dia dan suami dalam perjalanan membawa pulang ternakan lembu melalui kawasan Pusat Perindustrian Zurah, Rasa.“Masa kami sedang halau lembu peliharaan untuk balik ke kandang, salah seekor lembu terjatuhseparuh badan ke dalam manhole.“Kami cuba tarik keluar guna tali tapi tak berjaya dan segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Selangor, Kapten (PA) Hilmi Husman berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 5.40 petang. “Seramai 7 anggota sukarelawan APM yang diketuai Koperal (PA) Hazril Rushdan bersama jentera Nissan Navara dan lori Delta digerakkan ke lokasi bagi memberi bantuan.“Anggota kami menghadapi kesukaran ketika mengeluarkan haiwan tersebut berikutan hujan lebat dan saiz lembu yang besar.“Bagaimanapun, dengan bantuan orang awam kami berjaya mengeluarkan lembu itu kira-kira jam 8 malam dan serahkan kepada pemiliknya,” katanya.


Kemaskini pada 2018-12-06 08:01:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page