Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Perigi lama jadi lubuk sampah

Perigi lama jadi lubuk sampah

Sampah yang berjaya dikeluarkan dari perigi bersejarah di gunung tersebut.

KUALA KUBU BHARU- Perigi lama di bekas tapak banglo bersejarah dekat puncak Bukit Kutu 'menyimpan' longgokan sampah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir pendaki. Sehubungan itu pada Sabtu lalu, sekumpulan pendaki mengambil inisiatif mengeluarkan sampahdari perigi tersebut.

 

Pengendali Facebook, Amanda Omeychua turut memuat naik gambar longgokan sampah tersebut untuk tatapan golongan pendaki agar perkara sama tidak berulang.Menurutnya, kumpulan itu hanya berjaya mengeluarkan sampah sebanyak 14 guni kerana kekurangan peralatan dan dianggarkan baki sampah di dalam perigi itu boleh mencecah 50 guni.

"Wahai pendaki acah-acah padu, padukah pemikiran anda sampai anda buang sampah di dalam perigi ni?

"Sambut hari jadi, bekas dibuang dalam perigi, kemudian upload (muat naik) gambar di Facebook konon dengan ayat, 'hari ni kami sambut birthday di bukit kutu'.. dapatlah like banyak.

image

"Jumpa air minum dalam tin, kacip fatimah dan redbull (air kemenangan la konon), benda ni lagi ringan nak bawa, kenapa awak buang di dalam tu juga? Jangan la acah-acah padu kalau yang ringan pun awak malas nak bawa," katanya.

Amanda berkata, dia sedia dikecam nrtizen kerana tindakan tersebut bukan bertujuan mencari populariti tetapi sebagai satu tanggungjawab.

Menurutnya, separuh daripada sampah yang dikeluarkan adalah botol mineral.

"Disebabkan awan yang semakin gelap dan tenaga berkurangan, kami terpaksa meninggalkan guni sampah tersebut di puncak dan mengharapkan bantuan rakan pendaki lain.

"Alhamdulillah, kumpulan kami selamat semuanya keluar walaupun melintasi sungai yang paras airnya di pinggang dan dada (mungkin kerana faktor cuaca).

"Harapan kami, akan ada rakan pendaki yang masih bertenaga untuk menyambung usaha kami demi kebaikan bersama," katanya.

Amanda berkata, kumpulan itu berhasrat meneruskan usaha tersebut pada tahun hadapan dan bercadang menutup perigi terbabit.


Kemaskini pada 2018-12-19 11:38:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page