Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

PPS wajib lawat sekolah, hadiri mesyuarat PIBG

image

PPS menghadiri perjumpaan sempena program Kembali Ke Sekolah di Dewan Anggerik, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu.

KUALA KUBU BHARU - Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang terdiri daripada pegawai polis diwajibkan melawat sekolah termasuk menghadiri mesyuarat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, lawatan ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun depan perlu diperbanyakkan bagi memberi ceramah berkaitan pencegahan jenayah dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, PPS memainkan peranan mengukuhkan hubungan baik dengan pihak sekolah dan ibu bapa melalui program sedemikian."PPS diingatkan agar hadir melawat sekolah dipertanggungjawabkan tanpa gagal bagi awasi kadar jenayah dan masalah disiplin."Pemerhatian ini dapat mengurangkan penglibatan pelajar dalam jenayah."Pihak sekolah juga diminta sentiasa berhubung dengan PPS sekiranya berlaku kes pergaduhan atau perselisihan faham membabitkan pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada perjumpaan bersama PPS yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini. Bak Phai berkata, PPS membantu mewujudkan sekolah selamat dengan menjalankan tanggungjawab yang ditetapkan. Menurutnya, usaha itu termasuk mengumpul maklumat untuk tindakan susulan selain melakukan rondaan, lawatan berjadual dan memberi ceramah."Diharapkan program yang diadakan dapat mempertingkatkan kesedaran pelajar terhadap salah laku dan jenayah," katanya.


Kemaskini pada 2018-12-28 18:30:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page