DASAR PRIVASI & KESELAMATAN || BANTUAN|| 
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
jata jata2 PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

Kes curi motosikal penyumbang tertinggi indeks jenayah

Bak Phai menyampaikan surat penghargaan kepada anggota dan pegawai awam

HULU SELANGOR - Kes kecurian motosikal menjadi penyumbang tertinggi kepada indeks jenayah di daerah ini pada tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, selain kes kecurian yang direkodkan itu, ancaman dadah jenis baharu melibatkan bahan psiko aktif lebih bahaya turut diberikan perhatian.

Menurutnya, kes lain antaranya jenayah siber canggih dari segi keupayaan yang menggunakan modus operandi lebih efektif.

"Pihak polis mempunyai penyusunan strategi yang teratur di samping ada maklumat daripada masyarakat dalam usaha membanteras jenayah.

"Pendekatan polis bersama masyarakat akan diteruskan di samping anggota berkhidmat dengan penuh integriti.

"Sehubungan itu anggota polis perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kepakaran bagi memastikan semua perkhidmatan dapat disampaikan lebih cepat serta relevan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan dan penyampaian surat penghargaan di pekarangan Balai Polis Bukit Sentosa, di sini kelmarin.

Hadir sama ke majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Azman Ab Rahman.

Bak Phai berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor memperkukuhkan hubungan kerjasama dengan masyarakat melalui program ramah mesra membabitkan semua kaum di kawasan kejiranan.

Menurutnya, anggota unit kereta dan motosikal peronda juga mempercepatkan tindakan selain mempermudahkan orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah.Ancaman dadah jenis baharu melibatkan bahan psiko aktif lebih bahaya turut diberi perhatian.

 

Kemaskini pada 2019-01-28 08:11:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page