Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Ringkasan Pengenalan Daerah Hulu Selangor

 


PENGENALAN DAERAH HULU SELANGOR





 
Daerah Hulu Selangor adalah daerah terbesar daripada sembilan buah daerah (13 mukim) yang terletak di utara negeri sealngor dengan keluasan 174,047 hektar hampir sama luas dengan Negeri Melaka.  
Jumlah penduduknya lebih kurang 200,000 orang (2010) lebih kurang sama dengan Negeri Perlis.  Kini semakin meningkat sejajar dengan pembangunan semasa.
 
Daerah Hulu Selangor kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor "Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan" .
Pada masa ini Daerah Hulu Selangor berkembang pesat dengan wujudnya pelbagai projek mega seperti Kawasan Perusahaan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, Nissan Tan Chong, Kawasan Perindustrian di Rasa, Antara Gapi,
Sungai Choh, Kawasan Perumahan Baru di Sungai Buaya, Hulu Yam Bharu, Batang Kali, Lebuhraya PLUS, Tren Komuter dan estet-estet seperti pisang 'Dole', kelapa sawit dan getah.
 
Namun begitu Daerah Hulu Selangor tetap mengekalkan empat puluh peratus (40%) kawasan hijau supaya daerah ini masih segar dengan alam semula jadi dan pemangkin kehidupan kesejahteraan Tuhan, Manusia, dan Alam Sekitar.  
Sungai-sungai seperti Sugai Serendah, Sungai Batang Kali, Sungai Inki, Sungai Kerling, Sungai Liam dan Sungai Bernam mengalir dengan kehidupan lestari.
Begitu juga dengan Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Buloh yang menampung air bersih kepada setengah penduduk di Lembah Klang.  
Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan bukit bukau yang menghijau dan mengkagumkan serta kehidupan liar termasuk serangga dan burung serta flora dan fauna menghiasi kehidupan tenang di Daerah Hulu Selangor

Kemaskini pada 2016-08-15 11:22:03 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page