Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pasar percuma untuk Orang Asli

 

image

Pelbagai barangan diberikan kepada penduduk pada program pasar percuma.
SERENDAH - Penduduk Kampung Orang Asli Ulu Melaka, di sini teruja memilih pelbagai barangan yang diberikan secara percuma sempena program Pasar Percuma anjuran Golden Girl Alive (GGA) Maybank.

Setiausaha Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Kawasan Serendah, Nurihan Daud berkata, program dilaksanakan dengan kerjasama Kumpulan Jejak Masyarakat Orang Asli Surau Insaniah Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur dan Komuniti Infak Serendah.

Menurutnya, Pasar Percuma itu menyediakan barangan terpakai dalam keadaan baik seperti pinggan mangkuk, cadar dan selimut, pakaian, beg, kasut, barangan elektrik, makanan kering serta sayur-sayuran.

"Barangan disumbangkan orang ramai yang dikumpulkan melalui wakil membabitkan kawasan Taman Desa Anggerik, Kampung Tok Pinang, Taman Desa Melor dan Kampung Seri Serendah.

"Walaupun kebanyakan barang adalah terpakai namun kita hanya menerima barang yang elok dan masih lagi boleh digunakan.

"Sambutan penduduk sangat baik dan gembira melihat mereka dapat memilih barang mengikut keperluan masing-masing," katanya.

Nurihan berkata, program merupakan inisiatif syarikat korporat dan komuniti setempat dalam usaha menyantuni masyarakat Orang Asli serta mengeratkan hubungan silaturahim.

Menurutnya, pihak penganjur berhasrat meneruskan usaha itu agar lebih ramai penduduk memperoleh manfaat.

"Barang keperluan harian antara yang paling dapat permintaan selain dimeriahkan dengan kehadiran kanak-kanak kampung ini," katanya.

 

 

Kemaskini pada 2019-02-07 12:27:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page