Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Pastikan semua sekolah selamat

Pastikan semua sekolah selamat

image

Kadet bomba yang mengikuti perkhemahan
KUALA KUBU BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan rutin melakukan pemeriksaan pemasangan keselamatan kebakaran di semua sekolah secara berkala setiap tahun. Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Hassan As'hari Omar berkata, hasil pemeriksaan juga mengesan kes sistem keselamatan kebakaran yang tidak berfungsi.Justeru katanya, pihak sekolah dinasihatkan mengambil tindakan segera membaik pulih sistem berkenaan."Antara peralatan yang diperiksa membabitkan pili bomba, alat pemadam api dan sistem penggera kecemasan."Program cegah kebakaran atau pengungsian bangunan turut diadakan dengan kerjasama pihak sekolah bagi memastikan bukan sahaja pelajar tetapi guru dan kakitangan tahu mengenai keselamatan kebakaran," katanya pada majlis perasmian dan penutup Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Hulu Selangor di Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu.

Hadir sama, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor, Rosli Sulaiman.Menurut Hassan, pemeriksaan premis kerajaan termasuk sekolah dijalankan di peringkat zon secara berkala bagi memastikan sistem berfungsi dengan baik sepanjang masa.Katanya, peserta perkhemahan meningkat berbanding tahun terdahulu dengan 402 kadet bomba dari 17 sekolah menengah di daerah ini.Beliau berkata, kadet bomba adalah ejen JBPM dalam menyebarkan ilmu berkaitan keselamatan kebakaran kepada rakan dan ahli keluarga masing-masing."Selama tiga hari dua malam, mereka diberi pendedahan mengenai pelbagai kemahiran terutama cara guna pemadam api, asas memadam kebakaran dan ikhtiar hidup di hutan."Aktiviti dengan kerjasama Jabatan Pendidikan ini akan diteruskan bagi membentuk sahsiah diri pelajar dengan disiplin tinggi, berakhlak dan berilmu," katanya.

 

 

Kemaskini pada 2019-03-04 08:19:56 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page