Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Kereta reput dijumpai dalam tasik

Kereta reput dijumpai dalam tasik

image
Gambar penemuan kereta itu tular di media sosial dipercayai kes kereta terjunam ke tasik.
 

SERENDAH - Sebuah kereta lama dalam keadaan reput tanpa komponen termasuk enjin dijumpai di Tasik Serendah kira-kira jam 3 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kewujudan kereta lama itu disedari orang awam yang memancing di tasik berkenaan apabila bahagian tayar kereta terlihat di permukaan air.

Menurutnya, pihak polis ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung penemuan kereta terbabit.

"Anggota bomba melakukan kerja menarik keluar kereta berkenaan dan pemeriksaan mendapati komponen kenderaan termasuk enjin telah hilang.

"Jenis kereta dan nombor indentiti kenderaan juga tidak dapat dikenal pasti kerana telah reput dan belum mengetahui pemilik kenderaan memandangkan tiada sebarang penemuan berkaitan dijumpai.

"Kereta berkenaan berjaya dikeluarkan dan diletakkan di balai polis berdekatan," katanya.kereta lama 


Kemaskini pada 2019-04-16 11:37:47 daripada zarifah

  •  
  • Print
  • Email this page